TSUT(Pembangunan) antara penerima ‘Produktivity Champion (PC)’

TSUT(Pembangunan) antara penerima ‘Produktivity Champion (PC)’

07/03/2024 Off By PID MAFFI

Oleh Pel

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBHG. Encik Awg.Dzulkernain Bin Awg.Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), kerana dipilih menjadi salah seorang daripada 15 penerima anugerah Productivity Champion (PC) sempena Persidangan Mymudah@Pemudacara Sabah Maju Jaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Productivity Malaysia (MPC) dan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali,Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 4 Mac 2024, bertempat di Magellan Sutera Resort, Sutera Harbor, Kota Kinabalu.

Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali menyampaikan anugerah ‘Produktivity Champion (PC)’ kepada YBHG. Encik Awg.Dzulkernain Bin Awg.Hassan

Pengiktirafan anugerah Produktivity Champion (PC) ini sebagai menghargai jasa dan komitmen para penerima dalam memacu inisiatif peningkatan produktiviti dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah secara tidak langsung juga menyumbang kepada pelan transformasi dan pembangunan negara.

Berikut merupakan 15 Penerima anugerah Productivity Champion iaitu YBHG.Datuk Zainudin Bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, YBHG.Datuk Haji (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pegawai Penyelaras Secretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri, YBHG.Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, YBHG.Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBHG.Datuk Dr. Ahemad Bin Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBHG.Datuk Dr.Jamili Nais, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, YBHG.Datuk Norlijah@Norlijah Binti Danin, Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah,  YBHG.Puan Josie Lai Mei Sing, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, YBHG.Encik Awg. Dzulkernain Bin Awg. Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, YBHG.Encik Stanley Chong Hon Chung, Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, YBHG.Puan Faridah Binti Giau, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, YBHG.Puan Mary Isidore Malangking, Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, YBHG.Puan Alesia Sion, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, YBHG. Encik Ramlee Bin Kariah, Ketua Pegawai Operasi, Secretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri, dan yang terakhir, YBHG.Puan Rosnih Othman, Pengarah Secretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri. Kesemua 15 penerima anugerah tersebut merupakan leader sebagai pemandu projek peningkatan produktiviti.