CADANGAN PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG PERIKANAN 1985 (AKTA 317)
30/12/2024Kota Kinabalu : Mesyuarat Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Rang Undang-undang Perikanan 1985 (Akta 317) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) antara lain membincangkan mengenai cadangan pindaan Rang Undang-undang Perikanan 1985 (Akta 317).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong.

Terdahulu satu mesyuarat sesi libat urus antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) telah diadakan pada 12 Disember 2024 yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan dan agesni Kerajaan Negeri.
Turut hadir dalam Mesyuarat Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Rang Undang-undang Perikanan 1985 (Akta 317) ini iaitu Setiausaha Tetap Negeri Sabah, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Peguam Besar Negeri, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Tanaman dan Infrastruktur) dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Perikanan dan Ternakan) dan Ketua Penolong Setiausahan Kanan (Pembangunan Perikanan dan Ternakan), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Penolong Setiausaha Kanan (Pembangunan Tanaman dan Infrastruktur – DOA), Penolong Setiausaha Kanan (Pembangunan Tanaman dan Infrastruktur – KPD), Ketua Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Pengarah Perlindungan Alam Sekitara Sabah, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Pengarah Taman-taman Sabah, Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah, Pengarah Jabatan Hidupan Liar, Pengurus Besar KO-NELAYAN dan Pengurus Besar Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA)
























