YB Menteri bersama Setiausaha Tetap MAFFI, Pengurus Besar KPD, LPBS dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar
15/06/2026KOTA KINABALU, 15 Jun 2026 – YB Datuk Hj. Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Setiausaha Tetap MAFFI serta ketua-ketua agensi di bawah kementerian di Pejabat Menteri MAFFI, hari ini.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Setiausaha Tetap MAFFI, Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS), serta Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.









