Sesi Dialog & Libat Urus Isu Tanah Skim Nabawan
21/04/2026YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah menghadiri sesi dialog dan libat urus bersama pemimpin serta masyarakat Nabawan berhubung Tanah Skim Nabawan.
Program ini telah diadakan pada 21 April 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan.
Skim ini diwujudkan sejak tahun 1968 dengan keluasan lebih kurang 41,760 ekar, bertujuan sebagai penempatan baharu bagi masyarakat Nabawan yang berada jauh di pedalaman pada ketika itu, serta diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian sebagai pelaksana.





Dalam sesi tersebut, YB Menteri telah mendengar dan meneliti pelbagai cadangan, input, permasalahan serta keluhan daripada masyarakat kampung dan pimpinan tempatan yang terlibat.
Beliau turut mengemukakan cadangan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan, khususnya dalam usaha mempercepatkan proses pengeluaran geran individu kepada semua yang layak.








