Selamat datang ke laman web Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih kerana mengunjungi portal rasmi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).
Kementerian ini memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dengan memperkasakan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti dan juga menjamin bekalan serta kualiti makanan.
Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang dan efisien kepada kumpulan sasar, Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) akan diperkukuhkan, program pendigitalan akan diperluaskan dan Program Amalan Pertanian Baik akan diberi keutamaan.
Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 digubal seiring dengan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-3 (DPNS3) sebagai usaha kerajaan menjamin sekuriti makanan dengan mendukung aspirasi dan hala tuju sektor agromakanan negara agar lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.
Kementerian ini mangalu-alukan sebarang cadangan yang membina dan berusaha untuk memberi maklumbalas kepada isu-isu yang dibangkitkan.
Sekian, terima kasih.
YBhg Datuk Leonard Stephen Poyong
Setiausaha Tetap
Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah
