TUARAN TUAN RUMAH PELANCARAN SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2023

TUARAN TUAN RUMAH PELANCARAN SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2023

10/02/2023 0 By admin

KOTA KINABALU: Daerah Tuaran dipilih sebagai tuan rumah pelancaran sambutan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, tema sambutan pada kali ini ialah ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’.

“Kita baru sahaja selesai mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 di mana kita telah mencapai beberapa keputusan.

“Antaranya ialah bagi sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini kita telah memilih tema ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’.

“Kita juga telah membuat keputusan mengenai penugasan jawatankuasa-jawatankuasa dan seterusnya kita memilih Tuaran sebagai daerah pelancaran pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023, di, Wisma Pertanian Sabah, hari ini.

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini akan diadakan secara terbuka dan secara atas talian bagi mempastikan penyertaan daripada rakyat kita yang berada di luar negara.

Tambah beliau, dalam masa yang sama, ia sekali gus mampu mempromosikan sektor pelancongan dan pelaburan di Sabah. Sumber G-Admin