SESI PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KEPADA TSUT(PENGURUSAN)

SESI PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KEPADA TSUT(PENGURUSAN)

20/04/2023 Off By PID MAFFI

Depan dari kiri, Encik Walter Kenson, Puan Hajah Myrma Jimenez.

KOTA KINABALU, 20 APRIL 2023(Khamis), Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas antara Encik Walter Kenson mantan Timbalan Setiausaha Tetap(Pengurusan) kepada Puan Hajah Myrna Jimenez, Timbalan Setiausaha Tetap(Pengurusan) yang baru telah diadakan secara ringkas di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Pertanian, Kementeian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah(MAFFI). Majlis ini disaksikan oleh Setiausaha Tetap MAFFI, Encik Robert Stidi dan Timbalan Setiausaha Tetap(Pembangunan), Encik Awg. Dzulkernain bin Awg Hassan.

Pada hari ini juga, Timbalan Setiausaha Tetap(Pengurusan), Puan Myrna Jimenez memulakan hari pertama beliau bertugas secara rasmi di Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Penolong Setiausaha(Tadbir), Puan Shirley Joseph.

Seluruh warga kementerian dan jabatan/agensi dibawah kementerian merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Walter Kenson dan tahniah dan selamat datang kepada Puan Hajah Myrna Jimnez,

Turut hadir pada sesi itu adalah Ketua Pasukan Inovasi Digital Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (PID-MAFFI), Encik Chrysostom Abah dan Encik Frey Alexander Francis, Penolong Setiausaha(Tadbir).