Perutusan

Selamat datang ke laman web Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Kopivosian, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih kerana mengunjungi portal rasmi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Kementerian ini akan memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dengan memperkasakan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti dan juga menjamin bekalan serta kualiti makanan.

Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang dan efisien kepada kumpulan sasar, Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) akan diperkukuhkan, program pendigitalan akan diperluaskan dan Program Amalan Pertanian Baik akan diberi keutamaan.

Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 digubal seiring dengan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-3 (DPNS3) sebagai usaha kerajaan menjamin sekuriti makanan dengan mendukung aspirasi dan hala tuju sektor agromakanan negara agar lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.

Sekian, terima kasih. Kotohuadan.

YBhg. Datuk Robert Stidi
Setiausaha Tetap
Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah