MESYUARAT PENGANJURAN SEMINAR PERTANIAN PINTAR DAN PENDIGITALAN DI KENINGAU

MESYUARAT PENGANJURAN SEMINAR PERTANIAN PINTAR DAN PENDIGITALAN DI KENINGAU

13/07/2022 0 By admin

KOTA KINABALU: Seminar Pertanian Pintar dan Pendigitalan di Keningau akan diadakan pada 19 hingga 20 Ogos 2022. Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan bersama jabatan-jabatan di bawah kementerian mengadakan mesyuarat dengan rombongan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Sabah (SME SABAH) yang diketuai oleh Presiden dan Pengasas SME, Foo Ngee Kee berkenaan Seminar Pertanian Pintar dan Pendigitalan (Outreach Program – Smart Farming and Digitalisation Seminar) hari ini.

Matlamat seminar tersebut ialah memberi maklumat dan pencerahan kepada usahawan tani di Keningau tentang Smart Farming and Digitalisation atau Pertanian Pintar dan Pendigitalan. Antara tajuk-tajuk utama ialah pencerahan mengenai kemudahan atau sumber kewangan, pemasaran dan transformasi pendigitalan. Jumlah peserta yang disasarkan ialah sekitar 150 orang.

Antara penceramah seminar ialah daripada Jabatan Pertanian Sabah, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dan Sabah SME Association.

Rombongan SME Sabah terdiri daripada Timbalan Presiden Datuk Tan Kai Teck, Naib Presiden Terrence Chong Kett Chiew, Pengarah Bahagian Keningau Ronny Hiew Ah choi, Setiausaha Agung Persatuan Lie Chun Vui, Pengarah Acara Goh Choon Keat, Pengarah Hal Ehwal Ahli Tan Hui San dan Pengarah Perhubungan Tan Swee Eng.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Datuk Mariana Tinggal, Pengarah Pertanian Jifrin Hj. Mohamad, Pengurus Besar KPD Jamilah Lee, Pelaburan dan Eksport, dan Pegawai Sains Makanan Kanan Daisy F. Kim Sung – Seksyen Industri Asas Tani dan Usahawan dan Pengurus Besar KO-NELAYAN Cabrini Chia.