MEMPERKASA AGENDA PEMBANGUNAN PERTANIAN MELALUI MAKES
21/04/2026MEMPERKASA AGENDA PEMBANGUNAN PERTANIAN MELALUI MAKES.
Kota Kinabalu | 21 April 2026
Kesepaduan dan komitmen terus diperkukuhkan!
Ketua-Ketua Agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) terus memperlihatkan kesatuan suara dalam memperkasa agenda pembangunan sektor pertanian negeri.
Perkara ini dizahirkan menerusi penglibatan aktif dalam Mesyuarat Pertama Majlis Ketua Eksekutif Agensi Sabah (MAKES) yang telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.
Inisiatif ini selaras dengan halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang digagaskan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, dalam usaha memperkukuh sektor pertanian sebagai pemacu ekonomi negeri.
Dalam masa yang sama, Ketua-Ketua Agensi MAFFI turut menyatakan komitmen berterusan untuk meningkatkan keberkesanan peranan masing-masing melalui pendekatan turun padang, mendekati komuniti serta memahami keperluan sebenar rakyat.
Pendekatan ini sejajar dengan aspirasi dan kepimpinan YB Datuk Hj. Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang sentiasa menekankan kepentingan interaksi dan keterlibatan bersama masyarakat.
“Bersama, kita memperkukuh pertanian demi masa depan Sabah yang lebih mampan.”




