Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBHG. Encik Awg.Dzulkernain Bin Awg.Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), kerana dipilih menjadi salah seorang daripada 15 penerima anugerah Productivity Champion (PC) sempena Persidangan Mymudah@Pemudacara Sabah Maju Jaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Productivity Malaysia (MPC) dan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali,Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 4 Mac 2024, bertempat di Magellan Sutera Resort, Sutera Harbor, Kota Kinabalu